JKKK Kg. Gadek adalah terletak di dalam Mukim Gadek
dan Parlimen Alor Gajah,
dan Parlimen Alor Gajah,
Kepimpinan JKKK adalah berasaskan Politik
yang memerintah mengikut Dewan Undangan Negeri.
Sejarah Kampung Gadek
* * * * * * * * * * * * * * * * * * * *
Menurut sejarah Kampung Gadek telah diterokai pada tahun 1830 oleh sekumpulan petani yang menjalankan kerja-kerja menebas hutan untuk dijadikan sebuah perkampungan dan juga kawasan untuk bercucuk tanam. Malangnya, setelah semua kayu kayan telah dibersihkan, masih terdapat sebatang tunggul kayu yang amat sukar dicabut walaupun pelbagai ikhtiar telah di buat.
Setelah berhari-hari mereka cuba mencabut tunggul tersebut, terjadilah lopakan air di kiri dan kanan pokok. Ketika menggoyangkan tunggul itu, keluarlah bunyi percikan air lumpur yang berbunyi "GUDAK GADEK GUDAK GADEK" maka dari situlah tanah baru diterokai tersebut di beri nama "GADEK" oleh ketua kumpulan pada masa itu.
Maksud Logo
* * * * * * * * * * * * * * * * * * * *
- Perpaduan, kesejahteraan & keharmonian penduduk akan menjadikan masyarakat cemerlang.
- Pertanian & ternakan yang berteknologi sumber ekonomi desa.
- Pelajaran & Pendidikan diutamakan.
- Azam kami untuk menjadikan GADEK sebuah Desa Berwawasan.
Motto
* * * * * * * * * * * * * * * * * * * *
“Kampung ku damai, Desa ku cemerlang,
Negeri ku gemilang, Negara ku terbilang”
*Logo dicipta oleh Anak Watan Gadek, Sdr. Khairul Azhar bin Mat Kasa
Wawasan
* * * * * * * * * * * * * * * * * * * *
WAWASAN KAMPUNGKU
"Kampungku damai berwawasan,cemerlang, gemilang & terbilang
serta berdaya saing"
serta berdaya saing"
OBJEKTIF PEMBANGUNAN WAWASAN
* * * * * * * * * * * * * * * * * * * *
- Memastikan Kampungku sentiasa damai dan harmoni serta menjalin perpaduan berbilang bangsa.
- Memastikan dan melengkapkan lagi kemudahan asas yang berkualiti untuk menjamin kehidupan yang sihat
- Menjana ekonomi warga desa untuk membasmi golongan miskin tegar.
- Memberi pendidikan dan ilmu IT pada semua warga desa supaya lebih berilmu, kreatif dan inovatif untuk menghadapi cabaran dalam dunia Globalisasi.
Mercu Tanda
* * * * * * * * * * * * * * * * * * * *
![]() |
Pintu gerbang ke Kampung Gadek |
![]() |
Simbol asal usul Gadek |
KAMPONG ARWAH EMAK SAYA DAN DATOK MAT JAN
BalasPadamKAMPONG ARWAH EMAK SAYA DAN DATOK MAT JAN
BalasPadamAssalamualaikum, saya cuba mencari seorang nenek yg dulu pernah berkahwin dgn datok saya. Nenek tu kami tau namanya Saonah dari Kg Gadek dan kami pernah kesana sekali waktu saya berumur 9 tahun, pada tahun 1965. Nenek Saonah betkahwin dgn Sgn Osman Bin Tahir berasal dari Kuala Pilah. Boleh bantu saya mencari nenek ini jika dia masih hidup?
BalasPadamPernah jd kampung sy dulu,sbb sy bukak bisnes kat taman Markisah gadek tahun 1999..nama kedai sy pasar mini Mahmud Abu..hihii🤭😎👌
BalasPadam